![]() ![]() ![]() ![]() |
|
Andai dia bukan milikku
Wednesday, July 17, 2013 | 5:54 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^.Pada petang yang mendung ini, inginku ceritakan tentang suatu kisah yang menyayat hati. Eh, sedih sikit. Tajok atas tu dah sedih dah tu. Hahaha, andai dia bukan milikku ? Milik siapakah gadis ini ? Haha milik siapa ? Pujaan hati, sahabat, kawan, tunang, atau suami ? Eh tak kahwin lagi oke. Siapa yang awak, awak dan awak rasakan istimewa dalam kehidupan seharian awak. Dialah tempat awak, awak, dan awak mencurahkan rasa kasih sayang sesama sendiri, aicehh. Tapi andai dia bukan milik awak, awak, dan awak lagi. Agak-agaknya apa yang bakal terjadi kepada awak, awak dan awak? Sedih ? Kecewa ? Pernah juga terjadi kepada diriku suatu ketika dahulu. Tidak dapat ku luahkan perasaan semasa itu. Begitu sakitnya hati ini sangat kau tinggalkan diriku. Wah, bermadah kejiwangan seketika. Belajarlah untuk menerima sesuatu yang sukar kerana pada masa yang akan datang benda yang kita tidak jangka akan terjadi. Waalahualam. Setiap masalah dan kesedihan pasti munculnya kegembiraan. Betul ? Kita jangan sesekali berputus asa. Sesungguhnya Allah sentiasa berada disisi orang yang sabar. Carilah jalan keluar yang terbaik. Masih panjang lagi perjalananmu wahai remaja. Sematkan setiap kata-kata positif dihatimu, terangkanlah hatimu dan sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t supaya sentiasa melindungimu daripada perkara-perkara yang mungkar. Keluarkan lah rasa sedih yang berpanjangan itu. Buang lah ia jauh-jauh daripada mu andainya kau tidak mampu menahannya. Untuk apa kita tangisi perkara yang tidak tentu lagi menjadi milik kita. Bukankah Allah telah tentukan siapa yang terbaik untuk kita sejak kita didalam kandungan ibu. Setiap yang berlaku pasti terselit sebuah kedukaan, kehampaan yang kita sendiri tidak dapat tandingi kehebatannya. Cintailah diri kita sendiri sebelum kita belajar mencintai orang lain. Kenali dan fahami diri kita sendiri sebelum kita cuba memahami diri orang lain. Allah menciptakan manusia sebagai insan yang paling sempurna. Dimanakah kesempurnaan ? Ada jawapan ? Jawapannya akal. Andai dia bukan milikku lagi, cuba lah awak, awak dan awak munasabahkan diri awak, awak sekalian. Kenapa ? Mengapa ? Allah memberi awak, awak dan awak ujian seperti itu. Adakah Allah ingin memberikan pelangi setelah redanya hujan ? Mungkin juga ini akan terjadi. Bila diri ini menaip cerita yang agak panjang lebar , ia adalah serpihan perjalanan kehidupan diriku. Sungguh memeritkan apabila kehilangan orang yang tersayang, haha macam iklan pulak. Namun apakan daya, mahu ataupun tidak terpaksa aku harungi kerana perjalanan hidupku masih tetap berterusan sehingga tiba satu titik perhentian. Lalu, andai dia bukan miliku, tidak mengapalah. eh berapa kali daaa ulang ayat. Haha. Kerana aku percaya apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Kita tidak dapat mengelak andai sesuatu yang kita tidak inginkan terjadi. Allah lebih mengetahui apa yang dirancangnya. Jadi segala harapan dan impian ku sandarkan kepada Allah s.w.t kerana DIA maha pengasih lagi maha penyayang. Hari ini, aku bangkit dari rasa sakit, rasa sedih, tidur yang agak panjang kerana aku bukan lah manusia yang lemah mengharungi ujian malah ujian itu menguatkan diriku agar lebih menghargai diri ini. |