![]() ![]() ![]() ![]() |
|
Usah kenang barang yang pergi
Friday, July 19, 2013 | 1:22 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum, hai.
Hola, eh "usah kenang barang yang pergi"? Benda apakah itu? haha, oke2 serious. Usah kenang barang yang pergi tu macam, jangan ingat dah benda dah takda. Buang masa right? Yes, betol-betol. Pasti ada hikmahnya kenapa kita berhadapan dengan kehilangan tu. Nak tahu kenapa? Allah nak gantikan yang hilang tu dengan yang lebih baik, lawo, hensem lah. Secara saintifiknya, pernah hilang selipar tak dekat surau, masjid, tempat kenduri? Ada-ada? Ha sama lah jugak macam tu. Walaupun kita menangis, meraung selipar tu takkan datang balik. Mana ada benda yang orang curi dia nak bagi balik, lain lah kalau pencuri tu minta izin nak pinjam kejap. Haha, senang-senang pi ja lah beli selipar yang lawo, cantik, manis. Banyak lagi selipar yang cantik-cantik kat kedai nuh.
Akhirnya, tercapai jugak hasrat nak beli selipar baru. Kena hargai lah selipar tu. Simpan elok-elok jangan bagi orang curi. Beli rak kasot hat yang tinggi melayut tu. Baru pencuri tu tak boleh ambil. Kan? Lepas tu baru kita sedar hilangnya selipar boleh buat kita untuk beli selipar yang baru. Acegitu :). Gembira tak dapat selipar baru? Gembira kan? Yeayyyyhh. Walaupun selipar tu tak seperti selipar yang dulu. Ingat, semua yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.
Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Perkara yang jadi kita tidak boleh undurkan kembali. Seperti Benang yang sudah dipintal menjadi kain tidak boleh lagi kita undur menjadi kapas kembali. Dikoyak, dibakar, hangus sekali pun. Jadi, biarlah benda yang hilang itu hilang. Hargai apa yang ada, Sebelum ia turut hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Dan sekali lagi kita merana kerananya. Oh tidakkkkk !!!
Kehilangan telah mengajar aku untuk belajar menghargai apa yang ada, aku bersyukur kerana terjadinya kehilangan. Pasti Allah akan menggantikan yang hilang itu dengan yang lebih baik. Walaupun kekecewaan masih terasa, tapi suatu hari nanti kita akan bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang. Dulu aku selalu luahkan perasaan kepada si dia, tetapi saat ini, detik ini. Tiada lagi. Hanya Allah yang mendengar segala luahan hatiku.
Allah mengambil seseorang daripada kita, kerana Allah ingin kita kembali kepadanya. Akhirnya, pada saat ini, detik ini aku semakin dekat dengan dirimu wahai penciptaku yang maha mendengar lagi maha mengetahui segala sesuatu yang berlaku.
|